Friday, 30 November 2012

Gulai Lemak Ayam Kampung



ha...selamat petang..........
Wanick nak share dengan korang resepi Gulai Lemak Ayam kampung. Resepi asalnyer dari mak dan mak kepada mak Wanick namun di olah sendiri oleh Wanick ikut suka hati jer. Tapi jangan risau sebab rasanyer tetap sedap. Dan paling penting senang dan ringkas. Tapi bagi Wanick gulai lemak macam ni sedap pedas-pedas..baru Umphhhh........kalau korang tak suka pedas,boleh la kurangkan jumlah cili yang digunakan..


Bahan-Bahan:
1) 1 ekor Ayam (dipotong ikut berapa bahagian yang korang suka)
2) 3 batang Serai
3) 2 keping Asam keping
4) Santan Pekat (ikut suka jumlahnya)
5) 2 gelas Air 

Bahan Kisar :
1) 15 ulas Cili Api 
2) 1 inci Kunyit Hidup
3  3 ulas Bawang Putih
4) 6 ulas Bawang Merah (bawang kecil)

Cara Memasak
* masukkan ayam  kedalam kuali  beserta serai dan bahan kisar.Gaulkan rata dengan api yang sederhana dan biarkan sehingga air ayam kering. (topup air jika perlu sehingga ayam empuk)
* setelah cukup rata dan ayam telah lembut,masukkan sedikit air,asam keping dan perasa secukupnya sehingga mendidih.
* masukkan santan pekat secukupnya dan tuggu hingga mendidih.

SIAP!!!

selamat mencuba ^_^

*** guna kuali sebab senang nak gaul ayam supaya rata dengan rempah

Thursday, 29 November 2012

Asam Pedas (Ikan Sungai)


Hai selamat petang
Hari ini Wanick nak kongsikan cara membuat asam pedas ikan sungai yang resepinya di ambil dari my best friend FB: Gurun Sahara. Dibawah ada disenaraikan bahan-bahan dan cara-cara-cara memasak asam pedas yang ringkas lagi sedap .
Selamat mencuba ^_^





*** nak lagi sedap letak tomato yang dipotong 6...masa ni Wanick lupa nak letak tomato.

Resepi Dari dapur Wanick (Pengenalan)

Hai..salam sejahtera untuk semua

Blog ni dibuat khas untuk berkongsi resepi dengan semua gadis-gadis dan ibu-ibu di luar sana

abang-abang dan bapa-bapa kalau nak join pun apa salahnya kan
manalah tau sesekali nak memasak untuk ibu atas isteri tersayang..ehheh ^_^

Untuk pengetahuan semua jugak,semua resepi dan masakan dalam ni insyaalah akan  dimasak sendiri oleh Wanick .Kiranya semua gambar atau entry yang akan di pos adalah original dari dapur Wanick. Cuma resepi jer yang tak original sebab semua idea dan cara memasak diambil dari resepi google atau kawan-kawan terdekat yang sudi bagi resepi free. As long as Wanick rasa masakan tu menjadi dan sedap,tak salah kan untuk kite kongsi? kata orang 'sharing is caring'...tak gitu!! heheeh


Cerita tentang Wanick jugak, al-kisahnya memang jenis tak pandai masak juga. Kalau masak pun masakan bodoh-bodoh jer,budak darjah satu pun pandai masak. But selepas kahwin ni Wanick berusaha untuk masak stail mak-mak gitu. So asal dapat resepi je wanick akan try,pas try @wanick akan share dalam blog ni


Kepada blogger-blogger kat luar sana yang minat resepi boleh la add Blog wanick ni dalam list.So boleh la dapat info dari semasa ke semasa. Pada yang takde blog pulak tak mengapa,@wanick akan share pula melalui Fb and etc. Sesiapa yang ada google2 tu insyaalah akan dapat jumpa Wanick punya page ni..insyaalah...


Ok..tu saja sedikit pengenalan mengenai resepimasakanwanick.blogspot.com.ni. Kalau ada terkurang tu harap dimaafkan.Kalau ada nak share atau tambah info boleh la komen di entry-entry akan datang k.


 Love u allz...