Monday, 31 December 2012

Ketam Telur Masin























Selamat pagi..........
Sebelum ni Wanick pernah dengar pasal ketam telur masin ni dari abang Wanick .Katanya memang sedap gila,sedap bangat dong! At last wanick try google dan dapat macam-macam info yang berbeza..sudahnya Wanick summarize sendiri supaya masakan jadi lebih ringkas dan mudah untuk di masak. Takde la korang rasa pening kepala nak buat kan..

Info yang nak di kongsi juga,sebenarnya masakan ni asalnya dari masakan cina. Kalau nak beli ememanglah mahal dan tak berbaloi. So Wanick berusaha untuk masak juga dan korang pun boleh la cuba.. ^_^


Bahan-bahan Ketam Telur masin:
1) 4 ekor ketam sederhana besar
2) 5 sudu besar tepung jagung
3) 4 biji kuning telur masin (rebus dan lenyek)
4) 2 Helai Daun Kari
5) 5 batang cili kering ( dipotong dadu)
6) 2 batang cili kecil ( di potong halus)
7)  Susu Cair
8 ) 2 sudu besar mentega


cara memasak :
* gaulkan ketam bersama tepung jagung dan goreng dengan api sederhana kuat dan toskan.





* panaskan butter dengan api perlahan.
* setelah butter  cair,masukkan daun kari,cili kering dan cili. Gaul sehingga sedikit garing dan naik bau.
* kemudian masukkan susu cair. (kalau tak nak kering boleh letak susu banyak sikit)
* setelah mendidih,masukkan telur kuning dan kacau rata.
* akhir sekali amsukkan ketam yang telah di goreng dan kacau sehingga sebati.



selamat mencuba ^_^

Sunday, 30 December 2012

Ayam Halia Sos Tiram

Ini resepi mudah jer
mungkin korang lagi pandai dan lagi profesional.
tapi kalau nak try gaya Wanick apa salahnya..huhu
Selamat mencuba:


Ayam Masak Sos Tiram



Bahan-Bahan :
1) 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
2) 1 batang serai (diketuk)
3) 1 1/2 biji bawang besar
4) 4 ulas bawang putih
5) Cili api( ikut suka)
6) Halia (lagi banyak lagi bagus- di mayam halus))
7) garam dan perasa secukupnya
8) daun bawang (dipotong kasar)



Cara-cara memasak :
* blender cili,bawang besar dan bawang putih,kemudian tumiskan bersama serai sehingga naik bau
* masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sos tiram dan sos cili dan kacau sehingga sebati.
* setelah ayam hampir masak,masukkan halia yang dipotong dan masukkan perasa secukupnya dan biarkan seketika.
* hiriskan daun bawang di akhir masakan.


siap! ^_^

* kalau minat masakan berkuah boleh tambah air.


Friday, 21 December 2012

Popia Ayam

Ini adalah cara membuat popia cara Wanick
Ia sepenuhnya idea dari Wanick yang di olah mengikut citarasa sendiri.
Sebenarnya Wanick tak suka taugeh jadi Wanick telah tukarkan dengan sayuran lain mengikut citarasa sendiri.
Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia ayam cara Wanick
Selamat mencuba

^_^


Bahan-bahan inti:
1) 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
2) 3 ulas abwang putih (dicincang halus)
3) 1/2 biji kobis (dicincang halus
4) 1 batang lobak (di hiris halus panjang-panjang)
5) 5 batang daun bawang/daun sup
6) 1/2 bungkus daging ayam cincang
7) 2 biji telur ayam
8) 3 biji tauhu lembut

Bahan-bahan kulit :
1) 1 bungkus kulit popia sederhana saiz 
2) 1 biji telur (telur kuning sahaja)


Cara-cara memasak inti:
* tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
* masukkan ayam dan tunggu hingga masak. kemudian masukkan telur dan ratakan. Akhir sekali masukkan tauhu yang dipecah-pecahkan.
* masukkan garam dan perasa secukupnya.
* masukkan kobis, lobak dan daun sup, kacau rata. (jangan masak terlalu lama untuk elak sayur terlalu masak)
* setelah masak,masukkan bahan inti ini kedalam tapis dan alas dengan bekas untuk toskan. Ini kerana untuk mengelakkan air yang terkandung dalam ini merosakkan kepingan popia

Cara bungkus popia :
* 1 keping kulit popia = 1 1/2 sudu besar inti
* gunakan telur kuning untuk melekatkan kulit popia

P/S : goreng popia dengan api yang sangat perlahan. Kulit popia ni sensitif sangat & mudah hangit

~ SELAMAT MEncuba ~ 

Cucur Ikan Bilis Rangup

Macam mana nak buat cucur yang RANGUP?

Wanick telah meneliti banyak page dalam google dan telah memperaktikkkan dan inilah hasilnya.
Memang rangup diluar dan lembut didalam
Sangat mudah.
Berikut dibawah bahan -bahan dan cara-cara untuk memasak cucur ikan bilis rangup
selamat mencuba
^_^


Bahan-bahan : (untuk 2 orang makan)

1) 2 cawan tepung gandum
2) 1 biji telur
3) 1 cawan air sejuk (air peti ais)
4) 1 biji bawang besar (potong dadu kecil)
5) 10 ikan bilis 
6) 2 batang daun bawang/daun sup (dipotong halus)
7)  garam dan perasa secukupnya

Cara-cara :

* masukkan tepung gandum,telur,garam dan perasa secukupnya kedalam magkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit  dan kacau rata.(jangan terlalu cair,bancuh pekat)
*  setelah bancuhan rata, masukkan bawang,ikan bilis dan daun bawang. Ratakan dan mula menggoreng dengan api sederhana.


 SIAP... ^_^

P/S : ikan bilis boleh ditukar kepada bahan lain seperti udang atau sotong dan sebagainya. Terpulang pada citarasa dan kretiviti anda.