Ini adalah cara membuat popia cara Wanick
Ia sepenuhnya idea dari Wanick yang di olah mengikut citarasa sendiri.
Sebenarnya Wanick tak suka taugeh jadi Wanick telah tukarkan dengan sayuran lain mengikut citarasa sendiri.
Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia ayam cara Wanick
Selamat mencuba
^_^
Ia sepenuhnya idea dari Wanick yang di olah mengikut citarasa sendiri.
Sebenarnya Wanick tak suka taugeh jadi Wanick telah tukarkan dengan sayuran lain mengikut citarasa sendiri.
Berikut adalah cara-cara dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat popia ayam cara Wanick
Selamat mencuba
^_^
Bahan-bahan inti:
1) 1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
2) 3 ulas abwang putih (dicincang halus)
3) 1/2 biji kobis (dicincang halus
4) 1 batang lobak (di hiris halus panjang-panjang)
5) 5 batang daun bawang/daun sup
6) 1/2 bungkus daging ayam cincang
7) 2 biji telur ayam
8) 3 biji tauhu lembut
Bahan-bahan kulit :
1) 1 bungkus kulit popia sederhana saiz
2) 1 biji telur (telur kuning sahaja)
Cara-cara memasak inti:
* tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau
* masukkan ayam dan tunggu hingga masak. kemudian masukkan telur dan ratakan. Akhir sekali masukkan tauhu yang dipecah-pecahkan.
* masukkan garam dan perasa secukupnya.
* masukkan kobis, lobak dan daun sup, kacau rata. (jangan masak terlalu lama untuk elak sayur terlalu masak)
* setelah masak,masukkan bahan inti ini kedalam tapis dan alas dengan bekas untuk toskan. Ini kerana untuk mengelakkan air yang terkandung dalam ini merosakkan kepingan popia
Cara bungkus popia :
* 1 keping kulit popia = 1 1/2 sudu besar inti
* gunakan telur kuning untuk melekatkan kulit popia
P/S : goreng popia dengan api yang sangat perlahan. Kulit popia ni sensitif sangat & mudah hangit
~ SELAMAT MEncuba ~
No comments:
Post a Comment